Promosi August 2016: Ostematrix

August Promotion Ostematrix

#testimoniostematrix

IMG_20160823_100951

IMG_20160823_100641

Harini ramai sgt borong OSTEMATRIX yang tengah ada monthly promotion ni! 😍 .
Bagi yg tak tau lagi, OSTEMATRIX ni lah paling ramai customer suka! salah satu produk Shaklee yang cukup famous untuk kesihatan tulang, masalah sembelit semasa hamil / berpantang, sakit sakit badan, lenguh lenguh badan, buasir dan juga gastrik. Ostematrix nih sejenis CALCIUM dalam bentuk TABLET, so siapa yang tak suka / susah nak minum susu boleh lah ambil Ostematrix😍 tak kisahlah remaja ke, wanita hamil ke dan juga golongan mak ayah kita semua boleh consume. Even Ita sendiri suka sgt sgt sgt dgn Ostematrix sbb bagus utk sakit/lenguh badan atau bila kaki cramp lagi2 masa pregnant.

PROMO Ostematrix lebih jimat daripada biasa,
Buy 2 discount 5%
Buy 6 FREE 1

For more details about Shaklee, boleh hubungi dan wassap Ita 📲 018-3859644. Ita akan guidekan u all 🖒

Nak dapatkan harga jauh lebih murah set Shaklee, boleh contact Ita serta dapatkan special consultation/guide cara makan vitamin yang betul 🖒
#itashaklee

 

Fadhilat Solat Dhuha

13694611_1779907062327667_1927690177_n

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih kita pada ALLAH SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
.
FADHILAT SOLAT DHUHA :
.
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
.
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”
[HR At-Tabrani]
.
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”
[HR. Haklim dan Tabrani]
.
#MuhasabahDiri #JomHIJRAH #itashaklee

Ciuman & sentuhan yang penting buat anak💞

Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.

Empat Ciuman

  • Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
  • Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
  • Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
  • Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.

Lima Sentuhan

  • Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
  • Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
  • Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
  • Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
  • Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.

Benda yang baik kita ikuti, boleh amalkan.

Makananku hanya sebuku roti.

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih”

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, “Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!”. Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, “Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”. Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu – sebuku roti sehari – Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi ..”

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan…

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

– Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
– Bersyukur walaupun sedikit.
– Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
– Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
– Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
– Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita ‘hulur’ kan semata-mata untuk diketahui umum.
– Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam

CnP dari FB
Bahagian Dakwah Jakim

Panduan menyediakan rancangan perniagaan

Memandangkan ramai orang yang mempunyai persepsi bahawa perlu ada rancangan perniagaan, saya perturunkan juga perkara yang perlu anda sediakan di dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Berikut adalah bahagian-bahagian utama yang perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan:

Ringkasan eksekutif – Ini merupakan bahagian yang paling awal perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan. Tetapi bahagian ini adalah yang paling akhir sekali disiapkan dalam sesebuah penyediaan rancangan perniagaan. Ini disebabkan ringkasan eksekutif adalah ringkasan padat apa yang ada di dalam kertas kerja anda.

Maklumat perniagaan – Dalam bahagian ini, anda perlu nyatakan segala maklumat mengenai perniagaan anda seperti nama syarikat, struktur saham dan pemiliknya. Anda juga perlu masukkan struktur modal dan kedudukan pinjaman. Jika perniagaan sudah dimulakan, terangkan juga pengalaman dan kedudukan perniagaan sekarang.

Pengurusan – Ini merupakan bahagian di mana maklumat kumpulan pengurusan syarikat dihuraikan bersama dengan biodata dan pengalaman serta kelulusan masing-masing. Sertakan juga carta organisasi termasuklah kesemua pengarah syarikat ang ada.

Pemasaran – Anda perlu menghuraikan strategi pemasaran produk atau perkhidmatan anda di bahagian ini. Sertakan juga kedudukan pesaing, segmen pemasaran yang anda mahu pecahkan dan sebagainya.

Operasi – Bahagian ini menerangkan keadaan di mana syarikat atau perniagaan anda beroperasi. Anda perlu tunjukkan lokasi, kemudahan, peralatan dan lain-lain perkara yang membolehkan perniagaan anda beroperasi dengan baik.

Kewangan – Ini merupakan bahagian yang paling penting yang anda tak boleh bohong dalam sesebuah rancangan perniagaan. Apa yang telah anda nyatakan di atas tadi seperti operasi, pemasaran, pengurusan dan sebagainya perlu diterjemahkan dalam unjuran wang ringgit. Anda perlu tahu nilai atau kos kesemua yang telah diceritakan itu untuk dimasukkan ke bahagian kewangan. Seterusnya dari situ anda boleh merangka unjuran untung dan rugi, penyata aliran kewangan serta kunci kira-kira.

Lampiran – Ini pula bahagian di mana anda kepilkan kesemua dokumen yang ada yang telah anda goreng di atas. Segala salinan sijil, lesen, surat jaminan atau sokongan daripada pembeli atau pembekal dan sebagainya perlu dikepilkan di sini.

Begitulah secara dasarnya apa yang perlu ada pada setiap kertas kerja rancangan perniagaan yang anda mahu sediakan.

#nornasweet

Tips susu ibu meriah – Testimoni set menyusu shaklee

IMG_20160328_185224.jpg

Ramai ibu2 yang putus asa kerana susu merudum..anda macam mana? Nak ita bantu?

Jom hayati dulu kisah Kesan Set Menyusu Shaklee y Menakjubkan 👍👍👍

Kisah Pn Mariam:
Paling saya teruja bila ambil set menyusu ni adalah sebab KESANnya amat menakjubkan, minggu pertama lepas kelahiran memang susu hanya 1oz..
Selepas tu saya try ESP dan ALFAFA, Allah izinkan susu keluar mencurah2 sampai mak bagi tau peti sejuk ni penuh dgn stok susu kamu ja mariyam, mak nak letak mana ikan2 mak ni.. tau berapa oz sekali pam? 8oz! memang meriah, siap nak bg stok susu kat orang lagi..😊😊 misi dan tok bidan urutpun terkejut tengok stok susu saya.Alhamdulillah..

#ESPbest

-Pn Mariyam-
.
Bagaimana..best kn..nak seribu daya..tidak mahu seribu dalih..jika anda hadapi masalah y sama dan ingin beruba..segera hubungi ita..ita bantu anda..Insyaallah
013-9741644

Set Menyusu Shaklee

Alfalfa : mengurangkan toksin, menggalakkan pengeluaran susu, melegakan rasa kebas dan sakit sendi, merendahkan kolestrol, pelawasan

ESP Shaklee : membekalkan tenaga, menyuburkan kulit, kuku, rambut dan otot, penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan dan mereka yang sedang sembuh dari penyakit