Gastrik

Bila sendiri kena gastrik baru tahu macam mana peritnya, seminggu terbaring, alhamdulillah en.suami menjaga dengan baik..

Mari kita selidiki apa PUNCA-PUNCA GASTRIK ni..

Secara umumnya, ada 4 punca utama gastrik:

  1. Gemar mengambil makanan yang pedas – apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut….
  2. Asam / asam masin – Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.
  3. Makanan berlemak/ berminyak – Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.
  4.  Tekanan / Stress – Walaupun ia tidak dilihat ‘berkadar terus’, namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.

Penawar Penyakit Gastrik

Sekiranya anda sedang mengalami gastrik, elakkanlah dari makan makanan yang pedas dan bercili, makanan yang masam seperti jeruk dan cuka, minuman bercafein seperti kopi dan teh, minuman bergas dan berbikarbonat dan elakkanlah daripada merokok. Jika tidak, anda akan menambahkan lagi keasidan dan ketidakselesaan perut.

makanan perlu elak jika gastrik, set gastrik shaklee

Bagi meneutralkan asid, anda memerlukan makanan yang bersifat alkali. Jadi, keraplah minum susu bagi mengelakkan terkena gastrik kerana susu bersifat alkali. Terutamanya jika anda seorang yang sangat sibuk dan tak dapat menepati jadual waktu makan, alaskan perut anda sekurang-kurangnya dengan segelas susu sementara menanti waktu makan.

Makan dengan kerap pada kuantiti yang kecil. Orang yang mengalami gastrik harus sentiasa mengalas perut bagi mengelakkan kepekatan asid dalam perut yang tinggi pada satu-satu masa. Makan sedikit biskut, kekacang atau buah dan minum susu antara waktu makan bagi mengelakkan anda mendapat gastrik.

Ubah gaya hidup anda! Jaga waktu makan, amalkan pemakanan yang baik, kawal emosi dan tekanan hidup dan Insya-Allah anda akan menjadi golongan yang paling berisiko untuk mendapat gastrik.

*****

Set Gastrik Shaklee

Bagi membantu anda mengelakkan diri dari terkena gastrik yang berulang, anda juga boleh mengamalkan set supplement berikut:

set gastrik.PNG

ESP

  • ESP adalah protein kacang soya yang bersifat alkali yang membantu untuk meneutralkan asid.
  • Ia memberikan rasa kenyang dan mengandungi zat asid amino yang perlu untuk membina dan membaiki semula sel-sel yang telah terhakis akibat rembesan asid hidroklorik.

B-Complex

  • B-complexberfungsi untuk melancarkan aliran darah yang seterusnya memberikan kita rasa tenang dan tidak tertekan yang boleh menjadi punca penyakit gastrik.
  • Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit dan juga membantu meringankan rasa sakit perut bagi mengelakkan kebergantungan pesakit kepada ubat tahan sakit atau pain killer.

Ostematrix 

  • Ostematrix Shaklee adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan susu. Ia bukan sekadar kalsium kerana ia turut diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Ostematrix bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

 Peppermint Ginger Plus 

  • Bagi membantu membuang angin yang berkumpul dalam badan, peppermint ginger plus merupakan supplement yang sangat sesuai.
  • Mengandungi bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis, peppermint ginger plus amat membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut.
  • Ia juga membantu pencernaan dan mengelakkan dari ketidakhadaman.

Mendapat rawatan dari doktor adalah perlu untuk mengelakkan gastrik menjadi lebih kronik, tetapi mencari jalan pencegahan itu adalah lebih afdal.  Tak gitu?

Sekian dulu dari ITA

@Beauty_byita

Ita 013-9741644

Thank you for reading 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s