Cara Mudah Hamil

Rezeki hamil ni bukan di tangan kita, Insyaallah ada rezeki..Alhamdulillah. Ita memang berhati-hati bab ni tak suka nak bertanya begitu sebab kita tak tahu apa perasaan orang jauh di sudut hati kan. Doakanlah dia mudah mudahan cepat lekat juga.

Dah alang-alang cerita mari Ita bagi tips sikit bagaimana nak cepat hamil. Mana tahu boleh diamalkan oleh bakal ibu kat sini.

Tips 1 : Lebih kerap bersama

Kerapkan hubungan kelamin semasa isteri tengah subur. Maksud subur kat sini adalah apabila berlakunya ovulasi. Ovulasi ni berlaku apabila satu atau lebih telur dilepaskan oleh ovari kita.

Sebanyak 15-20 telur akan matang dalam ovari dan yang paling matang ini akan dilepaskan ke dalam tiub fallopio untuk menunggu sperma untuk disenyawakan.

Kalau hubungan kelamin berlaku pada masa ini, maka peluang untuk hamil adalah lebih tinggi.

Lakukan hubungan 2-3 hari sekali. Kerap melakukan seks meningkatkan peluang hamil.

Tips 2 : Mengetahui Waktu Ovulasi

Dengan mengetahui waktu subur, lebih mudah untuk merancang. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 12 hingga 14 sebelum anda datang haid.

Untuk lebih mudah, waktu subur anda adalah satu minggu sebelum datang haid dan satu minggu selepas haid habis. Oleh kerana setiap individu berbeza dan ada yang mempunyai kitaran hadi tak tetap, maka tips 1 perlu diambilkira juga.

Tips 3 : Perhatikan Mukus Vagina

Cara paling mudah juga adalah memerhatikan mukus yang keluar pada vagina anda.

Waktu tak subur, mukus akan berwarna seperti putih telur yang masak, tekstur berkrim.

Waktu subur, mukus akan berwarna jernih, seperti putih telur yang belum masak. Dan juga bila ditarik ianya kenyal. Masa inilah sepatutnya hubungan kelamin dilakukan.

Tips 4 : Periksa Suhu Badan

Pada masa ovulasi berlaku, biasanya suhu badan wanita akan meningkat sedikit. Cuma agak leceh kerana nak kena tanda suhu pula setiap hari.

Pada mereka yang nak cepat hamil, bolehlah cuba tips berikut mudah mudahan berhasil dengan lebih cepat. Ita juga doakan mudah mudahan pembaca yang tengah menunggu masa untuk merancang dapat baby dimakbulkan keinginan itu dan dipermudahkan jalan.

Terima kasih kerana singgah ya😁
#wahmshaklee

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s