Panduan menyediakan rancangan perniagaan

Memandangkan ramai orang yang mempunyai persepsi bahawa perlu ada rancangan perniagaan, saya perturunkan juga perkara yang perlu anda sediakan di dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Berikut adalah bahagian-bahagian utama yang perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan:

Ringkasan eksekutif – Ini merupakan bahagian yang paling awal perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan. Tetapi bahagian ini adalah yang paling akhir sekali disiapkan dalam sesebuah penyediaan rancangan perniagaan. Ini disebabkan ringkasan eksekutif adalah ringkasan padat apa yang ada di dalam kertas kerja anda.

Maklumat perniagaan – Dalam bahagian ini, anda perlu nyatakan segala maklumat mengenai perniagaan anda seperti nama syarikat, struktur saham dan pemiliknya. Anda juga perlu masukkan struktur modal dan kedudukan pinjaman. Jika perniagaan sudah dimulakan, terangkan juga pengalaman dan kedudukan perniagaan sekarang.

Pengurusan – Ini merupakan bahagian di mana maklumat kumpulan pengurusan syarikat dihuraikan bersama dengan biodata dan pengalaman serta kelulusan masing-masing. Sertakan juga carta organisasi termasuklah kesemua pengarah syarikat ang ada.

Pemasaran – Anda perlu menghuraikan strategi pemasaran produk atau perkhidmatan anda di bahagian ini. Sertakan juga kedudukan pesaing, segmen pemasaran yang anda mahu pecahkan dan sebagainya.

Operasi – Bahagian ini menerangkan keadaan di mana syarikat atau perniagaan anda beroperasi. Anda perlu tunjukkan lokasi, kemudahan, peralatan dan lain-lain perkara yang membolehkan perniagaan anda beroperasi dengan baik.

Kewangan – Ini merupakan bahagian yang paling penting yang anda tak boleh bohong dalam sesebuah rancangan perniagaan. Apa yang telah anda nyatakan di atas tadi seperti operasi, pemasaran, pengurusan dan sebagainya perlu diterjemahkan dalam unjuran wang ringgit. Anda perlu tahu nilai atau kos kesemua yang telah diceritakan itu untuk dimasukkan ke bahagian kewangan. Seterusnya dari situ anda boleh merangka unjuran untung dan rugi, penyata aliran kewangan serta kunci kira-kira.

Lampiran – Ini pula bahagian di mana anda kepilkan kesemua dokumen yang ada yang telah anda goreng di atas. Segala salinan sijil, lesen, surat jaminan atau sokongan daripada pembeli atau pembekal dan sebagainya perlu dikepilkan di sini.

Begitulah secara dasarnya apa yang perlu ada pada setiap kertas kerja rancangan perniagaan yang anda mahu sediakan.

#nornasweet

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s