7 Tips Terbukti Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Mari ita kongsikan beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.

Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.

Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Mengurut wajah dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.  Amalkan setiap hari. Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

  • Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
  • Baca ” Ya Nur ” (1x)
  • Baca ” Ya Hadi ” (1x)
  • Baca ” Ya Allah ” (3x)

Baca surah Al-Waqiah: Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
  • (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:

Doa-kecantikan_diri

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik. Antara produk yang ita amalkan sekarang adalah Set Kecantikan Shaklee & Anti-aging Shaklee.

Ini serba sedikit yang dapat ita kongsikan, ingin tahu lebih lanjut tentang Set Kecantikan Shaklee & Anti-aging?? Akan ita kongsikan next time ya..tqsm

@Beauty_byita

013-9741644

One thought on “7 Tips Terbukti Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita

Leave a comment